News Update :
Home » , » Lebih 1000 Mahasiswa Banjiri Forum "How Do We Define God"

Lebih 1000 Mahasiswa Banjiri Forum "How Do We Define God"

Penulis : KomCa News on Sunday 11 March 2012 | 04:02


Majlis Dialog Antara-Agama: "How Do We Define God" mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 1,000 peserta membanjiri Kompleks Dewan Kuliah SK 4, Universiti Sains Malaysia (USM) bagi mendengar diskusi ilmu itu.

Dialog anjuran Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Islamic Propagation Society International (IPSI) dan Hidayah Centre Pulau Pinang itu bertujuan memupuk persefahaman asas dalam kalangan penganut pelbagai agama di negara ini. 

Penyelaras jawatankuasa penganjur, Suadari Sakinah Omar berkata, kebanjiran peserta dilihat sebagai satu kejayaan penting dalam mencapai objektif penganjur untuk meningkatkan pemahaman umum berkenaan persoalan agama dari pelbagai perspektif. 

Katanya, situasi pada hari ini memperlihatkan persoalan ketuhanan sering mencetuskan kemarahan antara agama ekoran kurangnya pemahaman dalam sesuatu amalan serta fahaman agama yang dianuti oleh setiap lapisan masyarakat. 

"Kita adakan diolog ini bagi memberi ruang kepada semua pihak memahami dan mencari persamaaan dalam agama masing-masing yang boleh membawa kepada asas perpaduan sihat di antara kita. Ia turut bertujuan untuk menangkis tanggapan tidak benar sesetengah pihak kepada sesuatu agama sehingga menimbulkan kekecohan dan ketegangan yang merosakkan perpaduan manusia secara keseluruhan," katanya. 

Tambah beliau, dialog tersebut turut berperanan sebagai medan memperkukuhkan hubungan PMIUSM dengan persatuan-persatuan agama lain di USM seperti Persatuan Persaudaraan Kristian, Buddhist, Hindu dan sebagainya. Sementara itu, dialog yang berlangsung selama hampir 2 jam itu dipengerusikan pensyarah USM, Dr. Shaikh Abdullah Hassan Mydin, membariskan panel seperti Kamarudin Abdullah (Islam), Sam Surendran (Kristian), Surya Dharamdass Gidwani (Buddha), Thirumoorthy Kolendai (Hindu) dan seorang panel (Sikh).

[KOMCA NEWS]
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger