Program 'Jelajah Aman Kampus: Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat' mampu menjadi platform kepada mahasiswa universiti di negara ini menjadi agen penggerak masyarakat yang lebih efektif dan berkesan dalam pembangunan negara pada masa depan.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah, berkata program itu dapat mewujudkan satu jaringan bersepadu antara mahasiswa, alumni dan badan bukan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan agenda memperkasakan golongan muda.
"Program ini juga dapat menyuntik semangat patriotisme mahasiswa untuk terus menyokong dan memahami setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan," katanya selepas majlis pelepasan kembara itu bagi peringkat negeri Melaka di Rumah Seri Kenangan Cheng.
Post a Comment