News Update :
Home » , » USM Naib Juara Debat Diraja Kategori BM

USM Naib Juara Debat Diraja Kategori BM

Penulis : KomCa News on Sunday 11 March 2012 | 05:06


Pertandingan Debat DiRaja adalah merupakan pertandingan debat antara IPT Malaysia yang bermula sejak tahun 1995 dan dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Antara objektif yang ingin dicapai dari pertandingan debat ialah: 
  1. Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia. 
  2. Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA. 
  3. Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA. 
  4. Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan. 
  5. Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa. 
  6. Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan. 
Tahniah kepada pasukan debat Bahasa Melayu Utama USM kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan mendapat naib juara. Ini sekaligus telah menamatkan kemarau pasukan debat USM selama 13 tahun yang gagal ke pusingan akhir. Barisan pendebat USM yang bertindak selaku barisan kerajaan dalam tajuk ‘Dewan ini Mencadangkan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Dipilih Melalui Pilihanraya’ yang diwakili oleh Affiqka Humaira Abdullah, Mohd. Hazry Zainal Abidin, Azimah Ashaari dan Noraninah Murah (simpanan) yang anya tewas tipis kepada pasukan debat UM dengan 4-3 undi. 

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, pertemuan di antara UM, sebuah universiti premier dan USM yang memegang status APEX diibaratkan sebagai pertembungan klasik. Katanya, kedua-dua universiti berada pada kelas tersendiri dan diketahui sejak sekian lama mempunyai reputasi yang cukup baik dalam arena perdebatan. 

Namun yang menjadikan ia bertambah menarik, sejak Debat Diraja diperkenalkan pada tahun 1995, kedua-dua universiti tidak pernah berpeluang bersemuka di pentas akhir dan perkara itu berlaku pada tahun 2012 di USM. 

Timbalan Naib Canselor USM, Prof. Adnan Hussein, merasakan pertandingan akhir ini adalah satu sejarah dan ia amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Kejayaan pasukan debat USM muncul di pentas akhir juga memberikan satu signifikasi yang besar kepada universiti secara keseluruhan, selain kemampuan kita untuk menyerlahkan pasukan debat bahasa Arab buat julung kalinya pada tahun ini. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, USM akan terus membudayakan debat dalam kalangan masyarakat kampus dan bercadang untuk melaksanakan pertandingan debat di antara pusat-pusat pengajian. 

[KOMCA NEWS]
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger