News Update :
Home » » GMPK Medium Pejuang Isu Pendikan

GMPK Medium Pejuang Isu Pendikan

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 07:50


Kuala Lumpur, 30 Jan : Suara inginkan perubahan dalam sistem pendidikan negara terus bergema. 

Terbaru, hasil dari konvensyen yang diadakan di UKM beberapa bulan lalu, satu gabungan mahasiswa yang diberi nama Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi suara rasmi mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia dalam memperjuang isu-isu dasar pendidikan, sumber tenaga pendidikan, mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kebajikan mahasiswa pendidikan di Malaysia. 

Menurut Ahmad Muslihin Bin Ahmad yang merupakan gabenor peringkat IPT mewakili Universiti Sains Malaysia menyatakan visi dan misi gabungan akan menjadi nadi utama bagi mahasiswa pendidik di seluruh IPT di Malaysia. 

“Idea penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) telah dicetuskan hasil perbincangan Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

“Hasil dari mesyuarat ini, keseluruhannya telah mempersetujui dua resolusi akhir iaitu penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang bakal menggabungkan mahasiswa/i seluruh IPT termasuk IPGM. dan resolusi kedua ialah mengadakan Konvensyen Mahasiswa Pendidik Kebangsaan dalam tempoh berkala secara tahunan di seluruh IPT di Malaysia. 

Namun menurutnya lagi, ketika Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan yang telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 2 Disember tahun lalu, pelbagai isu berkaitan dengan dunia bakal pendidik telah diperbincangkan antaranya isu penempatan mahaisiwa bidang pendidikan dan hala tuju bidang pendidikan itu sendiri yang selama ini jarang dibicarakan di medan-medan ilmiah. 

Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) yang dipengerusikan Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff (UKM) adalah sebagai satu badan yang menggabungkan semua mahasiswa pendidikan di Malaysia bagi memperjuang kebajikan dan menjadi rujukan kepada mahasiswa pendidikan serta sebagai medium perantara antara mahasiswa pendidikan dengan pihak berwajib. 

“Kami mempunyai empat misi utama iaitu melibatkan GMPK dalam semua isu pendidikan negara di semua peringkat, bersedia sebagai sumber tenaga pendidikan negara, membentuk bakal guru yang mempunyai pembangunan sahsiah yang tinggi melalui daya intelektual, serta terlibat secara langsung dalam mencorak Hala Tuju Dasar Pendidikan Negara dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”, jelasnya dalam satu kenyataan. 

Ahmad Muslihin yang juga MPPUSM turut menyatakan tema gerakan berkenaan ialah ‘Guru Berkualiti Asas Pendidikan Unggul’ manakala ‘Taqwa dan Ilmu’ sebagai motto gabungan mahasiswa tersebut. 

Berikut merupakan struktur organisasi bagi gabungan ini : 

1) Majlis Tertinggi : 
Pengerusi - Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff 
Timbalan Pengurusi - Mohd Fauzie Bin Mando 
Setiausaha - Nur Hidayah Binti Juhari 
Bendahari - Mimi Nor Syahudda Binti Setapani 

2) Gabenor Peringkat Kampus : 
UKM - Mohd Izzuddin Bin Mohd Pisol 
UIA - Nik Muhammad Hanis Bin Nek Rakami 
UPM - Muhammad Faiz Bin Abd Rahman 
UUM - Mohd Rohiman Bin Subri 
USM - Ahmad Muslihin Bin Ahmad 
UPSI - Nurul Ain Balqis Binti Ismail 
UTHM - Siti Juwairiyah Binti Ali 
UTM - Mohamad Zulhafiz Bin Ismail 
UITM - Mohd Rahimi Bin Mohd Shahimi 
UM - Robiatul Adawiah Binti Jamali 
UNISZA - Nur Hasniza Binti Omar 

GMPK sebelum ini telah menghantar satu memorandum menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula dan menyelaraskan dasar pengambilan Guru Sandaran Tak Terlatih (GGSTT), Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI), j-QAF dan guru pakar luar negara di setiap peringkat.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger