News Update :
Home » , » MPPUSM Turun Dapatkan Penjelasan Isu Pohon@USM

MPPUSM Turun Dapatkan Penjelasan Isu Pohon@USM

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 08:46


Pada tahun ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) hendaklah membuat permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM yang bernilai RM40. Hal ini telah menimbulkan banyak persepsi dan tanda tanya kepada mahasiswa dan bakal mahasiswa kerana sebelum ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di USM hanya perlu mengisi permohonan melalui pohon@usm sahaja tanpa perlu membeli PIN USM yang bernilai RM40. 

Pelbagai tanda tanya dan persepsi yang dilontarkan terutamanya di Facebook berkaitan isu ini. Antranya ialah: 
  1. Mengapa USM mengambil tindakan sedemikian sedangkan USM adalah universiti berstatus APEX?
  2. Hak pendidikan bukan hanya untuk golongan berada tetapi juga golongan bottom billion. 
  3. Dll

MPPUSM Mendapatkan Penjelasan Daripada TNC Akademik USM

Satu perjumpaan bersama TNC Akademik ,Prof Syukri telah dibuat pada 27 Januari berhubung isu pembayaran no pin untuk kemasukan pemohon baru USM. Seperti yang diketahui, USM merupakan satu-satunya univerisiti yang menggenakan ujian Munsyi sebagai satu tiket untuk melayakkan pemohon menjadi mahasiswa USM. Ujian ini dilakukan setelah USM dipisahkan dari sistem UPU kerana mendapat autonomi sendiri dalam memilih pemohon USM. Ujian Munsyi ini juga dijadikan rujukan untuk menilai para pemohon USM. 

Bayaran yang dikenakan adalah bertujuan untuk pemprosesan borang jawapan Munsyi tersebut. Bagi pengetahuan, semua kertas jawapan Munsyi akan disemak oleh Majlis Peperiksaan Malaysia MPM. Jadi proses semakan memerlukan bayaran yang agak tinggi, memandangkan pemohon adalah ramai. Proses yang dikenakan kepada pemohon tetap dibuat walaupun mengalami kebarangkalian untuk tidak diterima masuk USM. Seperti sedia maklum, jumlah pemohon pada setiap tahun adalah terlalu ramai dan ini memerlukan bayaran yang agak tinggi dalam pemprosesan kertas jawapan Munsyi. 

Jadi pada kali ini, USM mengambil inisiatif dengan mengenakan bayaran supaya pemohon bersungguh-sungguh semasa menduduki ujian Munsyi. Isu berkenaan jumlah bayaran pula, maklum balas dari pihak pengurusan Universiti telah mengambil kira nilai tersebut termasuklah proses pemeriksaan kertas jawapan Munsyi dan beberapa proses pengurusan. 

Menjawab persoalan kenapa pada tahun sebelum ini bayaran tidak dikenakan, sebenarnya Universiti telah menanggung beban keseluruhan pembayaran proses kepada setiap individu yang menduduki ujian Munsyi. Pada tahun ini, RM40 dikenakan untuk segala proses sebagai pemulaan untuk menilai anggaran bayaran yang akan dikenakan dengan harapan agar pemohon bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri masuk ke USM dengan mengorbankan sedikit wang ringgit.

Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger