News Update :
Home » » USM Diberi Kuasa Autonomi

USM Diberi Kuasa Autonomi

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 07:12


Putrajaya, 26 Jan - Universiti Sains Malaysia (USM) dianugerahkan Sijil Autonomi bersama-sama empat Universiti Penyelidikan (RU) lain sempena Majlis Amanat Tahun 2012 Dato’ Seri Mohamed Khaled Noordin, Menteri Pengajian Tinggi yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 

“Maka pada hari ini saya ingin mengumumkan, selepas selesai proses audit menggunakan instrumen Code of University Good Governance (CUGG) dan University Good Governance Index (UGGI), lima buah universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) layak dianugerahkan autonomi dalam empat bidang iaitu Governan Institusi, Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar. Saya ucapkan tahniah kepada universiti-universiti ini,” kata Dato’ Seri Mohd. Khalid Noordin. 

Sijil diterima oleh Tan Sri Datuk Mustapa Mansor, ahli Lembaga Gabenor USM yang mewakili Pengerusi LGU bersama-sama Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor. 

USM turut menggondol tempat kedua Webometrics Ranking of World Universities Julai 2011, Penarafan 5 Bintang Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 dan tempat kedua Penialaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 bagi Kategori Institusi Pengajan Tinggi Awam. 

Mengulas lanjut tentang autonomi, Menteri Pengajian Tinggi berkata, Sistem governan yang berteraskan autonomi melibatkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi dan ia perlu dipatuhi oleh universiti-universiti yang terlibat. 

“Saya yakin mereka telah bersedia memikul tanggungjawab ini, prinsip asas tersebut menjadi sempadan dan panduan dalam segala tindakan pengurusan universiti,” tambah beliau lagi. Dalam ucapan bertajuk Berfikiran Global Bertindak Lokal itu, Menteri Pengajian Tinggi menggariskan 8 agenda dan 64 pernyataan dasar, inisiatif dan perubahan struktural sebagai asas dan panduan untuk warga kementerian terutamanya IPT terus melangkah untuk mendepani masa depan yang lebih gemilang. 
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger