News Update :
Home » » Mahasiswa USM Ugut Letup Helikopter PM

Mahasiswa USM Ugut Letup Helikopter PM

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 06:44


Georgetown, 15 Jan : Pihak Polis hari ini bertindak menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosialnya, di Georgetown [Klik]

Dalam kenyataannya dipetik Bernama, pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan. 

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. 

Pelajar india itu dikatakan membuat ‘ugutan’ itu melalui laman sosial facebook dan mendapat reaksi yang pelbagai termasuk menyokong serta mengkritik ugutan tersebut.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger