News Update :
Home » » Tingkatkan Keselamatan Kampus

Tingkatkan Keselamatan Kampus

Penulis : KomCa News on Sunday 29 July 2012 | 14:49


Pegawai-pegawai keselamatan diminta memainkan peranan dengan sewajarnya bagi memastikan imej dan persepsi terhadap Jabatan Keselamatan Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa terpelihara. 

 “Ini juga akan memastikan kepercayaan orang ramai dan warga universiti terhadap tahap keselamatan universiti sentiasa tinggi,” tegas Naib Canselor Profesor Dato’ Omar Osman dalam perjumpaan yang diadakan dengan sebahagian daripada pegawai-pegawai keselamatan USM. 

Kata Naib Canselor lagi, Universiti memandang serius keselamatan kampus terutamanya yang melibatkan keselamatan aset, pelajar dan stafnya dari semua aspek. 

“Saya berharap agar pegawai-pegawai keselamatan Universiti menunjukkan tahap disiplin yang tinggi, sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam mengenal pasti kemungkinan berlakunya kes-kes yang tidak diingini terutamanya di pintu-pintu masuk universiti,” kata Naib Canselor. 

Tambahnya lagi, pegawai keselamatan harus bekerja dengan penuh amanah dan menggunakan mata hatinya yang bermakna bukan sahaja panca indera mata untuk melihat tetapi hatinya untuk membaca segala gerak mereka yang mencurigakan yang akan dapat dilakukan melalui penguasaan ilmu dan pengalaman secara berterusan. 

Kira-kira 30 orang pegawai keselamatan universiti hadir dalam perjumpaan yang diadakan secara berkala dari semasa kesemasa untuk Naib Canselor memberikan amanat dan pandangan serta meneliti isu-isu keselamatan kampus.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger