News Update :
Home » » Parti Politik Perlu Hormati Kampus Sebagai Pusat Keilmuwan

Parti Politik Perlu Hormati Kampus Sebagai Pusat Keilmuwan

Penulis : KomCa News on Wednesday 29 August 2012 | 01:57

Rentetan dari pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) baru-baru ini, yang membenarkan mahasiswa untuk terlibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan termasuk parti politik, telah mendapat respon dari beberapa parti politik yang ingin menubuhkan kelab penyokong parti mereka di dalam kampus. 

Justeru itu, kita tidak menyokong mana-mana parti sama ada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kelab penyokong mereka di kampus kerana ia seumpama terus menjinakkan mahasiswa dengan dunia politik luar yang sering dibudayakan politik fitnah, pertelingkahan, permusuhan dan rasuah. 

Sedangkan kita mahu mahasiswa dibudayakan dengan budaya ilmu politik dengan membawa ahli politik dari kedua-dua pihak ke dalam kampus untuk berforum dan berdebat agar melahirkan mahasiswa yang celik dan cerdik untuk menilai. 

Keaslian mahasiswa sebagai ‘third force’ dan ‘check and balance’ kepada kedua-dua pihak perlu diteruskan bukannya menjadi ‘check and back up’ kepada parti politik. 

Mahasiswa perlu mempunyai fokus untuk mengkaji ilmu bagi jurusan mereka masing-masing di samping tidak meninggalkan ilmu dan perkembangan politik semasa. 

Kesan daripada penubuhan Auku sebelum ini telah melahirkan mahasiswa yang lesu dan gagal berperanan sebagai agen perubahan dan jurubicara masyarakat. 

Perkara ini lebih penting untuk kita fikirkan bersama bagaimana membebaskan pemikiran mahasiswa dari terlalu menjadi hamba buku dan kesedaran mereka terhadap permasalahan masyarakat umum. 

Mahasiswa perlukan corak politik baru yang lebih intelek bukan seperti budaya politik sekarang yang sering memfitnah, menzalimi dan tidak bersih. 

Semua badan dan ahli politik perlu menghormati kampus sebagai pusat keilmuwan. Mahasiswa mahukan politik nilai dan politik keadilan untuk dijadikan contoh kepada generasi baru. 

Selain itu, dalam membentuk kepimpinan mahasiswa di kampus kita mendesak agar pihak pentadbiran kampus untuk mengadakan pilihan raya kampus dengan segera. Tindakan menangguhkan pilihan raya kampus dalam masa yang lama ibarat seperti kapal hilang nakhoda. Ini adalah satu kezaliman kepada mahasiswa apabila hak untuk memilih pemimpin mereka di kampus dinafikan. 

Muhd Syahid Mohd Zaini
Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
Pro-Mahasiswa Nasional.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger