News Update :
Home » , , » Aspirasi Nafi ‘Jelajah Aman Kampus’ Gerakan Selamatkan Kerajaan

Aspirasi Nafi ‘Jelajah Aman Kampus’ Gerakan Selamatkan Kerajaan

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 10:53

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional telah menyatakan bahawa program Jelajah Aman Kampus yang dianjur Aspirasi sepatutnya ditukar dengan nama ‘Jelajah Selamatkan Kerajaan’. Ini kerana, beliau mengatakan mahasiswa yang mengikuti program itu sudah faham dan mengerti apa di sebalik tuntutan dan pengisian mereka daripada program itu.

Antara objektif program ini ialah:
(1) Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan.
(2) Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan
(3) Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa
(4) Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus.

Aspirasi Nafi Jelajah Aman Kampus adalah Jelajah Selamatkan Kerajaan

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) Mohd Shahar Abdullah berkata, selain bertemu masyarakat di seluruh pelosok negara, pihaknya bersama 18 NGO lagi akan turut melawat 25 institut pengajian tinggi. 

"Kita mahu juarai isu setempat secara terperinci dan mengangkatnya. Era ‘mahasiswa menggugat’ sudah berakhir. Kita kena kemuka isu dan mengenalpasti serta turut serta bersama masyarakat" kata graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu. 

Program himpunan besar bersama Najib Katanya, fasa pertama “gerakan” mereka akan bermula dengan program turun padang pada 6 Februari selama dua minggu untuk bertemu masyarakat. Ia seterusnya akan diikuti dengan jelajah kampus dari 26 hingga 3 Mac sebelum mengadakan program himpunan besar bersama Perdana Menteri pada bulan sama, tambahnya lagi. 

Sepanjang program itu, mereka juga akan mendapatkan maklum balas daripada bawah untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang tarikh sebenarnya pada Mac ini belum ditentukan.
‘Kita lihat penerimaannya nanti’ 

Aktivis dan kumpulan mahasiswa yang dianggap anti-kerajaan sebelum ini banyak mengadakan program di seluruh negara, antaranya bagi menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 

Ditanya sama program yang dinamakan “Aman Kampus” itu bertujuan membalas kelantangan kumpulan mahasiswa yang dilihat antikerajaan, Mohd Shahar berkata kumpulan itu sebenarnya tidak kuat. “Mereka hanya minoriti kecil. Cumanya mereka pandai menggunakan media. Itu saja,” katanya yang turut menafikan mempunyai agenda politik pemerintah menjelang pilihan raya. 

Malah, katanya lagi, kumpulan lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bukan pertubuhan berdaftar seperti pihaknya. “Mereka ini tidak berdaftar, haram. Saya pun tak faham apa yang orang suka sangat. Kami berdaftar. Bila kita masuk universiti nanti, kita lihat penerimaan (mereka pada siapa),” katanya.

Gerakan Aman Kampus yang diterajui Aspirasi dianggotai 19 NGO, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Kelab Graduan 1Malaysia, Kelab Che Det dan Majlis Gabungan NGO Malaysia.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger