News Update :
Home » , » YDP MPPUSM Merayu Mahasiswa Jayakan 'Jelajah Aman Kampus'

YDP MPPUSM Merayu Mahasiswa Jayakan 'Jelajah Aman Kampus'

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 09:53


6 Feb - Pada hari ini telah berlansungnya perasmian 'Jelajah Aman Kampus' yang mana program ini merupakan sebuah inisiatif mahasiswa prihatin untuk menjelajah di setiap kampus dan universiti di seluruh semenanjung Malaysia. 

Menurut saudara Idzuan Jamaluddin, YDP MMPPUSM, Di dalam program 'Jelajah Aman Kampus' ini melibatkan seramai 180 tenaga yang terdiri dari gabungan mahasiswa-siswi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan pertubuhan-pertubuhan mahupun persatuan-persatuan bukan politik (NGOs) telah berpadu tenaga bagi melakukan kembara dan jelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. 

Menurutnya lagi, motif utama program ini adalah untuk : 
(1) Bagi memastikan suasana keharmonian dan kedamaian yang sedia ada di kampus sentiasa dipelihara agar penekanan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri serta akademik dapat direalisasikan. 
(2) Bagi menyuntik semangat patriotik kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional terhadap dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan 
(3) Menyediakan sebuah wadah penyampaian maklumat yang tepat, berkesan dan terancang berkaitan penjelasan isu-isu semasa agar dapat member impak terhadap sosiopolitik negara serta pembangunan intelek mahasiswa 
(4) Untuk menterjemahkan sokongan majoriti terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan negara melalui kutipan tanda tangan mahasiswa serta warga kampus. 

"Saya percaya bahawa program ini dapat membuka mata masyarakat yang melihat mahasiswa pada hari ini adalah mahasiswa yang prihatin dan bukannya mahasiswa yang suka berbaring di jalan raya. Maysrakat perlu didedahkan untuk mengubah persepsi mereka terhadap diri dan jiwa mahasisa" kata YDP MPPUSM 

Justeru saya merayu kepada semua mahasiswa/i di seluruh Malaysia untuk kita sama-sama menjayakan program ini. ' Mahasiswa Bersama Rakyat'.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger