News Update :
Home » » Perihal Demonstrasi Di USM

Perihal Demonstrasi Di USM

Penulis : KomCa News on Wednesday 8 February 2012 | 09:26

Pulau Pinang, 5 Jan : Satu perjumpaan kecil seramai 10 orang pelajar bangsa Cina di adakan di dalam gelanggang bola keranjang bertempat di Desasiswa Bakti. Sebenarnya tiada yang menarik tentang perjumpaan yang mereka katakan 'diskusi'. 

Sangat pelik kerana 'diskusi' di adakan digelanggang bola keranjang waktu malam. Tetapi ramai wartawan yang hadir termasuk daripada portal Pro-Pembangkang. 


Malah, minggu ini adalah minggu peperiksaan bagi pelajar USM. Mereka membincangkan hal 'kezaliman pihak polis' yang kononnya membelasah perusuh-perusuh haram di UPSI. Dari awal 'diskusi' dapati mereka telah tertipu dengan provokasi maklumat dari facebookers dan bloggers Pro-Pembangkang yang menokok tambah kecederaan Safwan Anang dan lain-lain. 

Malah, diskusi yang pada awalnya melibatkan kalangan siswa USM diganggu oleh seorang wartawan Pro-Pembangkang yang mendakwa bahawa perusuh haram tidak menimbulkan sebarang provokasi. 

Menurut laporan, difahamkan bahawa perkumpulan tersebut bercadang mahu mengadakan demo tetapi disebabkan sambutan yang sangat dingin daripada siswa USM yang tidak menyokong perusuh UPSI, maka demo dibatalkan. Upacara memasang lilin juga tidak dilakukan apabila hujah-hujah kumpulan tersebut telah dipatahkan oleh hadirin yang menerangkan sebenarnya kejadian di UPSI.
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. mahaSISWAutara . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger